Saturday, March 26, 2011

~ReNuNgAn BeRsAmA~

PeLiHaRaLh AkHlAkMu KeRaNa Ia AdAlAh KeHiDuPaNmU,
PeLiHaRaLh AgAmAmU KeRaNa Ia AdAlAh NyAwAmU,
PeLiHaRaLh BuDi PeKeRtImU KeRaNa Ia AdAlAh LuKiSaN HiDuPmU,PeLiHaRaLh AmAlAnMu KeRaNa Ia AdAlAh PaKaIaN UkHrAwImU,PeLiHaRaLh LiSaNmU KeRaNa Ia AdAlH HtImU

{ KATA-KATA SAIDINA ALI KWH}
'Owg yg pling jauh brmusfirialh mrka yg sdg mncri sowg shbt yg dsukainya'

'Owg yg pling dkshimu ialh mrka yg pling bnyk mmbntumu,skiranya tiada yg sdmkian maka owg yg pling dkshimu ialh owg yg pling bnyk dbntu olhmu'

'Cabutlh kjhtn drpd dada (hati) owg len dgn cra mngglkn kjhtn drpd dadamu trlbh dhlu'

'Ssnguhnya kjhtn akn mnigglknmu skiranya engkau mnigglknnya'

'Boleh jadi yang jauh itu lebih dekat daripada yang dekat dan yang dekat itu lebih jauh daripada yang jauh'

'Kesabaran ada dua jenis, iaitu kesabaran mengahadapi apa yang dibenci dan kesabaran berhadapan dengan apa yang disayangi'

'Kesabaran adalah kunci untuk melepaskan diri daripada kedukaan dan kesusahan'

'Kemaafan adalah untuk orang yangyang mengaku salah bukannya untuk orang yang masih meneruskan kesalahan'

'Orang asing ialah sesiapa yang tidak mempunyai orang yang dikasihi (dicintai)'

'Ilmu yang sedikit apabila berada teguh di dalam hati, ibarat titisan hujan yang jatuh ke bumi yang gersang lalu menumbuhi tumbuh-tumbuhan'

'Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat kerana perangaimu akan mencuri perangai jahatnya tanpa engkau sedari'

'Berlembutlah dengan sesiapa yang berkasar denganmu kerana dengan cara itu dia hampir-hampir berlembut denganmu'

'Alangkah susahnya untuk mendapatkan sifat yang terpuji dan alangkah mudahnya untuk memusnahkannya'

'Sesiapa yang bertarung dengan kebenaran, nescaya kebenaran itu akan bertarung dengannya'

'Sesiapa yang arif tentang dirinya, nescaya dia juga arif tentang Tuhannya'

'Sesiapa yang tidak meletakkan kepercayaan kepada orang lain,maka dia tidak akan dipercayai oleh orang lain'

'Sesiapa yang tidak mampu dipulihkan melalui kebaikan, maka dia boleh dipulihkan dengan kejahatan'

'Sesiapa yang tidak mampu diselamatkan oleh kesabaran,maka dia akan dibinasakan oleh rasa gelisah(risau)'

'Sesiapa yang melihat keaiban dirinya maka dia tidak akan mempedulikan keaiban orang lain'

'Kita mahu untuk tidak menghadapi kematian sehinggalah kita bertaubat, sedangkan kita tidak bertaubat sehinggalah kita menemui kematian'

'Memindahkan batu dari tempatnya lebih mudah daripada cuba memahamkan orang yang tidak faham'

'Berada seorang diri lebih baik daripada teman yang jahat'

'Jatuh ke dalam perkara yang dibenci lebih mudah daripada menunggu-nunggu perkara yang dibenci'

'Prasangka buruk terhadap sahabat yang telah engkau menaruh keyakinan kepadanya akan membinasakanmu'
'' Perjuangan bukan medan mengukur kekuatan, bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan. Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati dalam menyebar risalah Nabi, mengembang ISLAM di muka bumi''
'' Jika Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu. Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu, tetapi jika Allah tidak makbulkan doamu, bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu''
'' Sebenarnya cinta kepada Allah itu ibarat pelita yang menyilaukan,jika ia menetap dalam indera ia akan mematikan, jika ia menetap dalam jiwa ia akan memabukkan, pada zahirnya ia berupa rahsia, sedang pada batinnya ia berupa CINTA'' { Abu Bakar As Syabil}
'' Saling mencintailah hanya kerana Allah, saling menyayangilah hanya kerana Allah, saling membahagiakanlah hanya kerana Allah, kerana hanya Allah lah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, kasih sayang, dan kebahagiaan tersebut''
'' Dunia & Akhirat itu umpama rumput dan padi, tanam padi rumput kan tumbuh jua, tetapi tanam rumput tak kan tumbuh padi, begitulah jua dunia & akhirat, kejar akhirat dunia akan dapat bersama, kejar dunia hanya dunia semata-mata''
'' Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan kekuatan, kekuatan memerlukan keyakinan, keyakinan menentu kejayaan, kejayaan membawa kebahagiaan''
'' Bekunya air mata dari kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupanya mati, lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia''
'' Disebalik kesulitan itu ada kemudahan, esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati''
'' Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya''
'' Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, walaupun setelah kita mati''
'' Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat''
'' Bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah tak kira senang atau susah doakan semoga rahmat Tuhan sentiasa bersamamu, pabila rahmat Tuhan bersamamu meskipun susah atau senang pastinya hatimu sentiasa tenang''
'' Jangan sesali apa yang sudah pergi, jangan tangisi apa yang sudah tiada, tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi''
'' Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat, tidak pernah selesai''
'' Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya''
''Jika dia diam, diamnya sangat menyenangkan...
jika dia senyum, senyumnya sangat membahagiakan......
jika,jika&jika semuanya membuatkan kita selesa.........
itulah dia insan yang punyai akhlak yang terpuji.....
kita semua manusia & manusia itu adalah kita''