Saturday, April 30, 2011

~ Fitrah Menjadi Fitnah ~

FITRAH MENJADI FITNAH

Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di
antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan
risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah
kehidupan kita. Sekarang nikmatilah tazkirah ini.............
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang
tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan
kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa
manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta
adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak
kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta
demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan
cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta
yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah
FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau
diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai
manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan
menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan
membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun
mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan
Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.
Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan
yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi
dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada
ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah
diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakanNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu
begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan
berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah
cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat
sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan
adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanya
seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.
Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai
jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan,
buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu
diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa
itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam
hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan
keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh
menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi
pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan
dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk
ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan
seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi
separuh untuk disempurnakannya" .
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan
untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah,
keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan
perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga
pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan
bertaqwa kepada ALLAH SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam
bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika
tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.
Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan
pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya
- Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH
yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan
aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus
dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya
mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan
tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta
dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah
disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa
sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat
dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua
itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta
lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang
solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta!
Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!!!

'' Aku mencintaimu kerana agama
yang ada padamu,jika kau
hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu ''

Kerna AGAMA yang ada pada dirimu...

~ JANJI BERTEMU DI SURGA ~

JANJI BERTEMU DI SURGA

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja' bin Amr An-Nakha'i, ia berkata: "Adalah di Kufah, terdapat pemuda tampan, dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia mampir berkunjung ke kampung dari Bani An-Nakha'. Dia melihat seorang wanita cantik dari mereka sehingga dia jatuh cinta dan kasmaran. Dan ternyata, si wanita cantik ini pun begitu juga padanya. Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang melamarnya dari ayahnya. Tetapi si ayah mengabarkan bahwa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar. Si wanita akhirnya mengirim pesan lewat seseorang untuk si pemuda, bunyinya, 'Aku telah tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu atau aku akan mempermudah jalan bagimu untuk datang menemuiku di rumahku'. Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya, 'Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu:
''Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akan adzab yang akan menimpaku pada hari yang besar. (Yunus: 15).
Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya.'
Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata: "Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertakwa kepada Allah dari orang lain. Semua hamba sama-sama berhak untuk itu." Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia karenanya. Dan si pemuda itu seringkali berziarah ke kuburannya, dia menangis dan mendo'akannya. Suatu waktu dia tertidur di atas kuburannya. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik. Dalam mimpi dia sempat bertanya: "Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapatkan setelah meninggal?"
Dia menjawab: "Sebaik-baik cinta wahai orang yang bertanya adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat menggiring menuju kebaikan".
Pemuda itu bertanya: "Jika demikian, kemanakah kau menuju?"
Dia jawab: "Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Surga kekekalan yang dapat kumiliki dan tidak akan pernah rusak."
Pemuda itu berkata: "Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu." Dia jawab: "Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah Subha-nahu wa Ta'ala) agar kita nanti bisa dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah."
Si Pemuda bertanya: "Kapan aku bisa melihatmu?" Jawab si wanita: "Tak lama lagi kau akan datang melihat kami." Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadiratNya, meninggal dunia.

~ Peganglah Api Bila Teringatkan Zina ~

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina
www.iLuvislam.com
ald kamil
Editor : kasihsayang



Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.
________________________________________

Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Friday, April 29, 2011

~ AuRaT Menurut Perspektif Fizik ~

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Muslimat

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.


Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.


Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah
Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian
Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.
Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan

Thursday, April 28, 2011

~ AuRaT ~


Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"
PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID
Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"
Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.
Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
ANTARA LAWAK & HUKUM
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sunday, April 24, 2011

AnTaRa DoSa DaN AiR MaTa

Antara Dosa dan Air Mata

Mungkin sudah ramai yang tahu tapi apa salahnya ia dibaca sebagai peringatan kerana manusia itu selalu alpa dan acapkali melakukan kesilapan. People do make mistakes and that is why they put eraser on the top of the pencil.
p/s: many thanks to axe10 coz gave me the opportunity to share a little tiny info with u all. My doa always for u all, may God bless us all :)


Assalamualaikum wbt,

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,
beliau menangis selama 300 tahun.
Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu
kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.
Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok
cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,
"Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.
Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya
kepada Allah.
Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,
"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih
lazat
dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu
keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang
apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"
berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke
barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Tuesday, April 19, 2011

Akhlaq Menurut Perspektif Islam

Di dalam al-Quran, akhlak dibahagikan kepada dua kategori, iaitu akhlak terpuji (hamidah) dan akhlak tercela (dhamimah). Dua kategori akhlak dalam perspektif Qurani ini membentuk prinsip dan praktikal akhlak yang cukup penting di dalam pendidikan Islam. Jadual a di bawah menggambarkan entri atau ciri-ciri akhlak terpuji (hamidah) dan akhlak tercela (dhamimah) dalam perspektif al-Quran . Manakala jadual b pula menunjukkan ciri-ciri akhlak tercela yang ditekankan oleh al-Hadith untuk dijauhi khususnya kepada golongan muda yang sedang menuntut ilmu .


Ciri-ciri akhlak terpuji (hamidah) dan akhlak tercela (dhamimah) dalam perspektif al-Quran.


Bil. Ciri-ciri Akhlak Terpuji (hamidah) Surah/Ayat
1. Menunjukkan Teladan yang baik
(al-Suluk al-Hasan) 10 Surah dan 23 Ayat. Di antaranya al-Baqarah:104 dan al-Nisa’: 86.
2. Menjauhi Kejahatan Dengan Melakukan Kebaikan 5 Surah dan 7 Ayat. Di antaranya al-Ra‘ad: 22 dan al-Mu’minun: 96
3. Melakukan Amalan yang Baik 10 Surah dan 15 Ayat. Di antaranya al-Baqarah: 44 dan Ali Imran: 115
4. Bersegera di dalam Melakukan Kebaikan 8 Surah dan 16 Ayat. Di antaranya al-Baqarah: 110 dan Ali Imran: 114
5. Bijaksana dan Menguasai Sumber Ilmu Islam (al-Qur’an dan al-Sunnah)- Hikmah 8 Surah dan 12 Ayat. Di antaranya al-Baqarah: 129 dan Ali Imran: 48
6. Melakukan Kebaikan Sesama Manusia 2 Surah dan 3 Ayat. Di antaranya al-Nisa’:114 dan al-Hujuraat:9,10
7. Bersifat Benar 8 Surah dan 13 Ayat. Di antaranya al-Baqarah:177 dan al-Ma’idah:17
8. Menuturkan Perkataan yang baik 3 Surah dan 4 Ayat. Di antaranya al-Baqarah:82 dan al-Isra’:53
9. al-Bashashah wa al-wada‘ah
(Memaniskan Muka dan Berwajah Tenang) 6 Surah dan 7 Ayat. Di antaranya al-Nisa’:29 dan al-Anfal:63
10. Beristiqamah Di antaranya Ali Imran:139 dan al-Nisa’:81
11. Hati yang Damai Di antaranya al-An‘am:125 dan al-Anfal:61
12. Mudah Memaafkan Sesama Manusia Di antaranya al-Baqarah:237 dan Ali ‘Imran:133
13. Memaafkan dan berdamai Di antaranya al-Baqarah:109 dan al-Ma’idah:13.
14. Memilikki Ruh yang Tenang Di antaranya al-An‘am:127 dan al-Anfal:61
15. Bersifat Rahmat (mengasihani) Di antaranya al-Fath:29 dan al-Balad:17
16. Berkasih Sayang Di antaranya Ali ‘Imran:28 dan al-Nisa’:33
17. Bertolong-menolong Di antaranya al-Ma’idah:2 dan al-Anfal:74
18. Mengikat Tali Persaudaraan Di antaranya al-Baqarah:83 dan Ali ‘Imran:103
19. Bersifat Ihsan Di antaranya al-Baqarah:83 dan Ali ‘Imran:134
20. Penegak Kebenaran Di antaranya al-Nisa’:135 dan Taha:72
21. Memuliakan Tetamu Di antaranya al-Baqarah:177 dan al-Taubah:6.
22. Memelihara Diri Daripada Kejahatan Di antaranya al-Baqarah:273 dan al-Nisa’:6
23. Menundukkan Pandangan dan Memelihara Kehormatan Diri Di antaranya al-Mu’minun:5-7 dan al-Nur:30-33
24. Menjauhkan Diri Daripada Kelalaian Di antaranya al-Mu’minun:3 dan al-Qasas:72
25. Berakhlak Ketika Berjalan dan Merendahkan Suara Di antaranya Luqman:19
26. Bersifat Tenang Di antaranya al-Ra‘ad:28 dan al-Fath:4
27. Bersifat Adil Di Dalam Semua Urusan Di antaranya al-Isra’:29 dan al-Furqan:67
28. Bersyukur Dengan Nikmat Kurniaan Allah s.w.t. Di antaranya al-Baqarah:40 dan Ali ‘Imran:103
29. Bersifat Sabar Di antaranya al-Baqarah:45 dan Ali ‘Imran:15-17
30. Kazm al-Ghaiz (Menahan Kemarahan) Di antaranya Ali ‘Imran:134 dan al-Nahl:126
31. Kesederhanaan Di antaranya al-A‘raf:29 dan al-Mumtahanah:8
32. Bertawadu’ (merendah diri) Di antaranya al-Hijr:88 dan al-Isra’:37
33. Menepati Janji Di antaranya al-Baqarah:27 dan Ali ‘Imran:76
34. Menjaga Kebersihan Di antaranya al-Haaj:29 dan al-Fath:27
Bil. Ciri-ciri Akhlak Tercela (dhamimah) Surah/Ayat
1. Akhlak yang Jahat Di antaranya al-Nisa’:123 dan al-Ma’idah:100.
2. Pemikiran yang Merbahaya Di antaranya al-Isra’:37.
3. Bersifat Buruk Sangka Di antaranya al-Hujuraat:12.
4. Mungkir janji Di antaranya al-Baqarah:27.
5. Sombong dan Bangga Diri Di antaranya al-Nisa’:36
6. Takabbur Di antaranya al-Baqarah:34
7. Menipu helah Di antaranya Ali ‘Imran:185
8. Suka Berbalah dan Bergaduh Di antaranya al-Baqarah:188
9. Perbuatan yang tidak menggambarkan ucapan (Cakap tidak Serupa Bikin) Di antaranya al-Baqarah:44
10. Suka Menzahirkan Perkataan yang Buruk Di antaranya al-Nisa’:148
11. Mengikut Hawa Nafsu Di antaranya Ali ‘Imran:14
12. Berbohong Di antaranya al-Baqarah:10
14. Membuat Gosip atau Khabar Angin Di antaranya al-Isra’:36
15. Suka Mendengar Gosip Di antaranya al-Ma’idah:41
16. Mengumpat Di antaranya al-Hujuraat:12
17. Suka Menfitnah Di antaranya al-Ma’idah:41
18. Berdusta Di antaranya al-Nisa’:20
19. Suka Mencela Orang Lain Di antaranya al-Mu’minun:97
20. Suka Mencela Orang Beriman Di antaranya al-Taubah:79
21. Penyebar Maklumat Palsu Di antaranya al-A‘raf:86
22. Mempermainkan Sumpah Di antaranya al-Baqarah:225
23. Melakukan Perbuatan yang Sia-sia Di antaranya al-Ma’idah:57
24. Memperolok dan Memperlekehkan Urusan Agama Di antaranya al-Baqarah:14
25. Suka Mengejek Orang Dengan Gelaran Buruk Di antaranya al-Hujuraat:11
26. Mendustai Allah dan Rasul Di antaranya Ali ‘Imran:94
27. Suka Menggunakan Perkataan yang Buruk Di antaranya al-Nisa’:148
28. Bersifat Pemarah Di antaranya Ali ‘Imran:133
29. Melampaui Batas Di antaranya Ali ‘Imran:153
30. Berhasad dengki Di antaranya al-Baqarah:90
31. Bersifat Penakut Kepada Makhluk Di antaranya Ali ‘Imran: 156
32. Bersifat Bakhil Di antaranya Ali ‘Imran:180
33. Mengungkit Pemberian Sedekah Dan Menyakiti Hati Orang Di antaranya al-Baqarah:262-264
34. Bersifat Tamak Haloba Di antaranya al-Baqarah:168
35. Memudaratkan Orang Lain Di antaranya al-Mai’dah:105
36. Bersifat Melampau atau Berlebih-lebihan Di dalam Sesuatu Perkara Di antaranya Ali ‘Imran:147
37. Melakukan Pembaziran Di antaranya al-An‘am:141
38. Mentaati Arahan yang Melampaui Batas Di antaranya al-Shu‘ara’:151
39. Bersifat Angkuh dan Riya’ Di antaranya al-Anfal:47
41. Melakukan Kezaliman Di antaranya al-A‘raf:33.
42. Melakukan Kerosakkan di Muka Bumi Di antaranya al-Baqarah:11
43. Melakukan Pengkhianatan Di antaranya al-Baqarah:187
44. Mungkir Janji Di antaranya al-Baqarah:27
45. Membuka Keaiban Orang Di antaranya al-Nisa’:148
46. Melakukan Penipuan Di antaranya al-Muttaffifin:1-3.
47. Melakukan Komplot dan Konspirasi Di antaranya Ali ‘Imran:54
48. Bersifat Riya’ Di antaranya al-Baqarah:264
49. Bersifat Pendendam Di antaranya al-A‘raf:43.
50. Bersifat Hasad Di antaranya al-Baqarah:109
51. Bersifat Pemarah dan Bencikan Kebenaran Agama Di antaranya al-Ma’idah:8
52. Menjadi Penghalang Kepada Kebaikan Di antaranya Qaaf:25
53. Bersifat Lalai dan Suka Melambatkan Sesuatu Kebaikan Di antaranya al-An‘am:131
54. Bersifat Degil dan Ego Di antaranya al-Baqarah:74
55. Selalu Melakukan Kejahatan Di antaranya al-Nisa’:15
56. Bersifat Fasiq Di antaranya al-Baqarah:26
57. Melakukan Perzinaan Di antaranya al-Nisa’:24
58. Bersifat Kufur Di antaranya al-Anfal:55
59. Melakukan Perbuatan Keji Di antaranya al-An‘am:151
60. Melakukan Homoseksual (atau hubungan di luar tabi‘i) Di antaranya al-Nisa’:16
61. Meminum Arak Di antaranya al-Baqarah:219
62. Terlibat Dengan Riba’ Di antaranya al-Baqarah:275-279
63. Mencuri Di antaranya al-Ma’idah:38


Ciri-ciri akhlak tercela yang ditekankan oleh al-Hadith untuk dijauhi khususnya kepada golongan muda yang sedang menuntut ilmu.

Bil. Ciri-ciri Akhlak Tercela (dhamimah) Teks Hadith/Kualitinya


Bil. Ciri-ciri Akhlak Tercela (dhamimah) Teks Hadith/Kualitinya
1. Melihat Kepada Perkara yang Diharamkan Syarak حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ مُوسَى الْفَزَارِيُّ أَخْبَرَنَا شَرِيكٌ عَنْ أَبِي رَبِيعَةَ الْإِيَادِيِّ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ يَا عَلِيُّ لَا تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ
(Hadith Hasan Gharib)
2. Bersentuhan Dengan Perempuan Ajnabi (Perempuan yang boleh dikahwini) - حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا أَبُو هِشَامٍ الْمَخْزُومِيُّ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا سُهَيْلُ بْنُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
-عَنْ أُمَيْمَةَ بِنْتِ رُقَيْقَةَ التَّمِيمِيَّةِ ، قَالَتْ : بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ فِي النِّسْوَةِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، فَقُلْنَا لَهُ : جِئْنَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ نُبَايِعُكَ عَلَى أَنْ لا نُشْرِكَ بِاللَّهِ شَيْئًا ، وَلا نَسْرِقَ ، وَلا نَزْنِيَ ، وَلا نَقْتُلَ أَوْلادَنَا ، وَلا نَأْتِيَ بِبُهْتَانٍ نَفْتَرِيهِ بَيْنَ أَيْدِينَا وَأَرْجُلِنَا ، وَلا نَعْصِيَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : " فِيمَا اسْتَطَعْتُنَّ " ، فَقُلْنَا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَرْحَمُ بِنَا مِنْ أَنْفُسِنَا ، فَقُلْنَا : بَايِعْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ : " اذْهَبْنَ قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ، إِنَّمَا قُولِي لامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ كَقَوْلِي لِمِائَةِ امْرَأَةٍ " وَمَا صَافَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ مِنَّا أَحَدًا
- أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْتَحِنُ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ بِهَذِهِ الْآيَةِ بِقَوْلِ اللَّهِ : ﴿يَأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ ﴾ إِلَى قَوْلِهِ ﴿غَفُورٌ رَحِيمٌ ﴾ ، قَالَ عُرْوَةُ ، قَالَتْ عَائِشَةُ : فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ ، قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدْ بَايَعْتُكِ " ، كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ
3. Berkhalwat Dengan Bukan Mahram - عَنْ جَابِرٍ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَلَا لَا يَبِيتَنَّ رَجُلٌ عِنْدَ امْرَأَةٍ ثَيِّبٍ إِلَّا أَنْ يَكُونَ نَاكِحًا أَوْ ذَا مَحْرَمٍ "
- أَخْبَرَنَا قُرَيْشُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْبَارُودِيُّ ، قَالَ : نا عَلِيُّ بْنُ الْحَسَنِ ، قَالَ : أنا الْحُسَيْنُ بْنُ وَاقِدٍ ، قَالَ : نا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عُمَيْرٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ ابْنَ الزُّبَيْرِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَقَالَ : " أَكْرِمُوا أَصْحَابِي ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، ثُمَّ يَظْهَرُ الْكَذِبُ ، حَتَّى يَشْهَدَ الرَّجُلُ وَلا يُسْتَشْهَدْ ، وَيَحْلِفَ الرَّجُلُ ، وَلا يُسْتَحْلَفَ ، فَمَنْ أَحَبَّ مِنْكُمْ بُحْبُحَةَ الْجَنَّةِ ، فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَةَ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ ، وَهُوَ مِنَ الاثْنَيْنِ أَبَعْدُ ، وَلا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ ، فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ ، وَمَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ ، وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ ، فَهُوَ مُؤْمِنٌ " –
Hadith Hasan Gharib
4. Pergaulan Bebas Di antara Lelaki dan Perempuan - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا ، وَشَرُّهَا آخِرُهَا ، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا ، وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا "
5. Berhias di luar rumah yang mendatangkan fitnah dan dosa.
Terjemahan teks Hadith;
“Dua golongan ahli neraka yang belum pernah kulihat sebelumnya (yang digambarkan) sebagai segolongan manusia yang di sisi mereka terdapat penyebat untuk menyebat, iaitu (golongan pertama); perempuan yang semasa di dunia berpakaian tetapi bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu nipis, jarang, ketat dan mendatangkan fitnah), (golongan kedua); wanita-wanita yang semasa di dunia mudah dirayu atau suka merayu, kepala (dan rambut) mereka dihiaskan atau dibaluti dengan tudung atau kain. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam syurga sehingga bau syurga pun tidak dapat dihidu walaupun baunya boleh dihidu pada jarak yang sangat jauh. - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ ، لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا ، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
6. Perempuan Bermusafir yang Mendatangkan Fitnah عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَا تُسَافِرِ الْمَرْأَةُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ "
Abi Daud, Sunan, (Bab Ma Yu’maru bi Min Ghad al-Basar), Juz.6, no.1837, h.54.
Muslim, Sahih, (Bab Qadar ‘ala Ibn Adam…), Juz.13, no.4802,h.125.
Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, (Kitab Ma‘rifah al-Sahabah r.a), no.7021.
Al-Bukhari, Sahih, (Kitab Tafsir al-Qur’an), no.4539
Muslim, Sahih,(Kitab al-Salam : Bab Tahrim al-Khalwah bi al-Ajnabiah wa al-Dukhul ‘alaiha), no.4040
Al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra,(Kitab ‘Ishrah al-Nisa’:Khalwah al-Rujul bi Imra’ah), no:8891.
Muslim, Op.cit.,(Kitab al-Solat : Bab Taswiah al-Sufuf…), no:666
Muslim, Kitab al-Libas wa al-Zinah,(Bab al-Nisa’….), no.3975
Bukhari, Sahih,Kitab al-Jum‘at,no.1030.


Jadual c dan d di atas jelas menunjukkan perincian al-Quran dan al-Hadith terhadap ciri-ciri akhlak yang terpuji dan yang dicela. Di dalam pendidikan Islam, ciri-ciri akhlak yang terpuji ini mestilah dididik dan digabungjalinkan dengan ilmu pengetahuan melalui pendekatan yang bijaksana dan intensif oleh pengajar kepada para pelajarnya. Walaubagaimanapun, para pengajar mestilah mengamalkan ciri-ciri akhlak terpuji di dalam kehidupan mereka supaya tidak berlaku kepincangan di dalam sistem pendidikan tersebut. Imam al-Ghazali telah memperincikan 10 peranan pelajar dan 8 peranan guru berhubung dengan adab kesopanan yang telah dihuraikan di dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din. Amat menarik untuk direnungi peranan guru yang kelapan seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali di dalam adab kesopanan iaitu ;

‘Guru harus mengamalkan sepanjang ilmunya. Jangan perkataannya membohongi perbuatannya. Kerana ilmu dilihat dengan mata hati dan amal dilihat dengan mata kepala. Yang mempunyai mata kepala lebih banyak.’

Berhubung ciri-ciri akhlak tercela, al-Qur’an dan al-Hadith telah memperincikan akhlak tercela yang mempunyai kaitan dengan asas dan praktikal aqidah dan syariat seseorang yang dikaitkan dengan balasan neraka dan kemurkaan Allah s.w.t. Di dalam perspektif pendidikan Islam, ciri-ciri akhlak tercela ini mestilah dijauhkan untuk diamalkan di dalam kehidupan dan diubah melalui beberapa pendetakan berhikmah sekiranya diamalkan khususnya di kalangan pelajar. Bagi pengajar yang mempunyai ciri-ciri akhlak yang tercela, tindakan atau hukuman mestilah diambil kerana kaedah ini menjadi pendekatan terpenting di dalam proses pendidikan Islam. Pendekatan ini juga boleh dikaitkan dengan perseimbangan di antara ilmu dan akhlak di dalam pendidikan Islam.

Justeru dapat disimpulkan di sini bahawa perseimbangan ilmu dan akhlak di dalam pendidikan Islam diertikan sebagai:

• Mengusahakan kecemerlangan ilmu dan menghayati akhlak terpuji
• Beramal dengan ilmu yang dipelajari dan menjauhi akhlak yang tercela
• Ilmu sebagai panduan kehidupan dan akhlak sebagai kualiti kehidupan
• Ilmu dan akhlak sebagai gambaran penghayatan Islam dan Iman di dalam kehidupan

Wednesday, April 13, 2011

~ReNuNgAn BeRsAmA~

1. '' CiNtA MaNuSiA HaNyA CiNtA DuNiA & SeMeNtArA, CiNtA IlAhI & NaBi AdAlAh CiNtA HaQiQi & KeKaL AbAdI ''

2. ‎'' Kadang2 kita menilai seseorang insan daripada kalamnya yang indah, hebat dan berhikmah, tapi kadang2 kita lupa menilai insan daripada hati, akhlak dan perwatakannya. Oleh itu jangan menilai seseorang insan hanya pada 1 sudut kerana tidak semestinya indah kalamnya indah juga hatinya, boleh jadi baik pada zahirnya namun rencong pada batinnya. Sepertimana pepatah melayu 'Indah khabar dari rupa ''

3. ‎'' Jangan kecundang & bangga dengan pujian yg dberikn pda dri kta, kdg2 pujian yg d lemparkn boleh mmbuatkn kta jtuh trsungkur n lpa tntg tuntutn ukhrawi wlupn kdg2 pujian jga wat kta gmbra tp hati2 ada msanya pujian mnybbkn kta brsdih n brduka jga ''

4. ‎" Kadang2 apa yang kita impikn n inginkn bkn itu yg kta prolehi n miliki, & kdang2 apa yg kta miliki n perolehi bkn itu yg kta inginkn n impikn. Namun hargai n syukurilh apa yg kta miliki n prolehi krna ada hikmah dsbliknya n itulh tnda orng2 yg briman n brsyukur "

5. ‎'' Cinta, kasih & sayang lahirnya dari hati, bahagia gembira & ceria juga lahir dari hati begitu juga kebencian, permusuhan & kedukaan. Namun tanpa impak dari situasi, sifat & perwatakan hati tidak akan menzahirkannya, oleh itu jagalah hati kerana hati adalah salah satu organ dalam badan manusia yang akan mencorakkan kebaikan atau keburukan pada zahir & luaran insan ''

6. Berkata Imam Ghazali: “Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh tuhan sahaja,namamu jangan terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu terluka,hindari terkenal,pangkatmu dipendam.setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai.malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan.Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan”.
7. ‎'' Kta brimn dgn Qada' n Qadar tp kdg2 kta x brsyukur, kta brimn dgn Hari Akhirt tp kdg2 kta lpa n x tkt pda pmblsn Allah, Kta brimn dgn Kitab2 tp kdg2 kta lpa n x mmbca Al-Quran, Kta brimn dgn Malaikat tp kdg2 kta rgu n mngku sprt Malaikat, Kta brimn dgn Nabi tp kdg2 kta x ikut sunnah Nabi SAW, Kta brimn dgn Allah SWTtp kdg2 kta x ikut printh n wat dosa n maksiat pdaNya ''

8 . سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

aKu MeNy!nTa!mU kErAnA AgAmA YaNg AdA pAdAmU,j!kA eNgKaU h!LaNgKaN aGaMa DaLaM d!R!mu mAkA h!LaNgLaH c!NtAkU PaDaMu..

9. “Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis”
10. ''Sahabat muslimin n muslimah, kta rnung Kebesaran n Kekuasaan Allah sjenak bagaimna Allah mncipta langit n bumi brpasangan sprtimna Allah mncipta mnusia lki n pmpuan brpsngn. Allah trunkn hujan dri lngit ke perut bumi n mnumbuhkn dri bumi tumbuhn bgtu jg Allah jdkn setitis air shinga lhirnya dri prut sorg wnita solehah zuriat yg soleh n solehah'