Monday, May 16, 2011

~ Wanita ~

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...


Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR JEANS DAN LEGGING KETAT???

ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA...???

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


PESANAN DARI ADMIN: Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang mulia disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat...AKAN TETAPI
apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, makajika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecualiia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifa tmalu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan sedangkan kita yangvmelihat sendiri yang berasa malu atasvperbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka kelak...amin


Siapa di sini yang tidak pernah mengenali youtube, satu medium perkongsian video yang cukup terkenal sekali. Jika mulanya kita sekadar menonton video-video orang lain, tetapi kini kita sudah berani mengupload video sendiri. Pelbagai kegunaan dipraktikkan, baik dari segi hiburan, pendidikan, komersial, malah juga untuk tujuan dakwah. Namun, sejak akhir-akhir ini pula muncul satu trend untuk mempopularkan diri dengan youtube. Mereka ini muncul dengan pelbagai kreativiti, antaranya menyanyi, menari, malah miming juga turut dijadikan modal untuk menjadi popular. Amat malang sekali apabila trend sebegini telah menjangkiti kaum muslimah yang kita sayangi. Dikalangan mereka ini, ada yang muncul dengan membawa imej islamik, penampilan dengan baju kurung serta bertudung labuh sambil memegang gitar!

Respon ramai yang membimbangkan
Apabila melihat jumlah bilangan yang telah menonton video aksi muslimah tersebut telah mencecah hampir 100,000, di sini lahir suatu kehairanan. Betapa jumlah mereka yang tertarik pada video sebegini lebih tinggi mengatasi video-video lain yang cukup hebat seperti video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Dr. Maza dan lain-lain lagi. Jumlah bilangan yang ramai ini seolah-olah memberi restu kepada penggiat video-video sebegini sehinggalah mereka berani tampil membuat fan page sendiri seperti yang terdapat di laman sosial facebook.
Terlampau banyak komen disalurkan tanda sokongan mereka. "suara awak ni sedaplah", "comel la awak ni", "pandai awak main gitar", "jarang perempuan bertuduh labuh macam awak" dan macam-macam komen pujian melangit diberikan. Dan si muslimah tadi, tersipu-sipu malu kononnya tidak mengharapkan pujian-pujian sebegitu tetapi berani pula berjanji untuk berusaha membuat persembahan video yang lebih baik lagi.
Apabila muncul si pengomen-pengomen yang menegur akan tindakan muslimah itu, maka si pengomen yang mempertahankan si muslimah tadi akan mencantas mereka. “Malaikat internet!”, itulah gelaran yang diberi mereka. Pelbagai hujah diberi untuk mempertahankan si muslimah tadi dengan mengatakan suara bukan aurat, membandingkan dengan pertandingan tilawah quran, menyatakan dakwah cara baru dan sebagainya. Alangkah jahilnya mereka menyempitkan definisi penutupan aurat. Bagi mereka, asalkan memakai tudung, maka telah terlepasnya tanggungjawab penutupan aurat. Buat mereka ini, saya berharap anda tidak membawa ‘fatwa’ baru dan dinasihati merujuk pada ustaz yang lebih arif lagi sebelum menjadi penyokong tegar!

Suara wanita adalah aurat?
Di sini ramai mempertikaikan, sekiranya suara wanita adalah aurat, bagaimana pula dengan guru-guru, pensyarah-pensyarah, malah pelajar-pelajar itu sendiri untuk berinteraksi dengan kaum berlawanan? Menjawab persoalan ini, pada dasarnya suara wanita itu bukan aurat. Ini berdasarkan pangangan majoriti ulama berdasarkan dalil berikut:

Wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya..." (Riwayat Muslim)

Namun, apabila suara wanita tersebut dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan, ianya adalah haram untuk diperdengarkan kepada jantina berlawanan secara ijma'. Allah telah memberi amaran:

Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Di sini, para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini.

Imam As-Suddi berkata, larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.

Malah bukan sekadar suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga. Kebiasaannya mereka kerap dengan pakaian yang menarik perhatian di samping duduk menjadi tontotan lelaki. Jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata, apatah lagi mereka yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. [1]bersolek-solekan

Mainan sentimen
Berbalik kepada isu tadi, apabila si muslimah ini yang bertindak sebagai perintis tampak berjaya di pentas, muncul pula si peniru-peniru yang lain, berharap dapat muncul popular seperti yang dihadapi oleh si perintis itu. Cubalah buka satu video si muslimah ini, nescaya akan muncul suggestions di belah tepi mempamerkan deretan pelbagai wajah muslimah, bertudung sambil memegang gitar.
Malangnya segelintir daripada mereka tidak mengalami nasib yang sama. Apakan daya, selain suara tidak sedap, wajah pun kurang comel, maka mereka dikritik begitu teruk sekali. Berderet fan page anti beliau diwujudkan di facebook semata-mata kerana menyampah akan muslimah seorang ini.
Di sini, jelas kita boleh melihat betapa berbezanya respon terhadap dua ‘darjat’ muslimah ini, padahal hukum agama yang perlu ditegakkan adalah tetap sama. Apakah masyarakat kita lebih ‘redha’ akan kemunculan wajah yang lebih komersial berbanding wajah kampungan? Mereka ini memang lebih suka meletak ke tepi hukum hakam, asalkan dapat memenuhi kepusan nafsu diri sendiri terlebih dahulu!

Pelaburan dosa
Buat muslimah yang sudah terjebak, ketahuilah terdapat sesuatu yang unik mengenai salah satu fungsi youtube iaitu total views. Tahukah anda, ianya mempamerkan bilangan pengunjung yang telah menonton sesuatu video? Apa signifikannya fungsi ini? Ya, ianya dapat menganggar dosa anda! Jikalau 1 view adalah bersamaan dengan 1 pandangan lelaki bukan mahram, maka 1 view juga adalah bersamaan dengan 1 dosa (anggaran). Sudahkah anda dapat mengganggarkan jumlah dosa anda sekiranya view video tersebut mencecah 100,000 views? Ini belum lagi, ditambah dengan video yang diupload secara berasingan di laman-laman sosial seperti facebook dan juga blog. Malah sekiranya, penonton mendownloadnya secara peribadi dan ditonton berulang-ulang serta diedar kepada kawan-kawan yang lain, tentu lebih padah lagi!
Juga buat peminat-peminat mereka ini, cukuplah dengan ‘keredhaan’ anda itu. Sekiranya anda berterusan menyokong kebathilan tersebut, secara tak langsung anda turut menyumbang kepada pelaburan dosa tersebut. Kita sangat bimbang sekiranya fenomena itu berlaku secara berterusan, akan menyebabkan sesuatu kebiasaan muslimah menonjolkan bakat terpendam mereka dikhayalak ramai. Cukuplah dengan suggestions video yang berlambak-lambak itu, benar-benar mencemarkan imej seorang muslimah itu sendiri.

***
Youtube, suatu teknologi ciptaan yahudi yang cukup hebat sekali. Namun, bukanlah untuk menyalahkan yahudi, juga bukan untuk menafikan hak anda untuk menggunakan youtube. Tetapi setiap penggunaannya, hendaklah dilaksanakan dalam kerangka yang betul. Islam tidak pernah menghalang kita untuk berhibur, bergembira dan berseronok tetapi hendaklah di dalam patuhan syariat yang ditetapkan. Mengapa perlu memberi tahu seluruh dunia akan kelunakan suara, kecomelan wajah, kemantapan skil bermain gitar dan kemahiran-kemahiran lain anda yang mengagumkan itu? Cukuplah sekadar keluarga, kawan-kawan sejantina serta bakal suami anda sahaja yang menyaksikannya. Sudah tiba masanya anda memahami bagaimana dosa anda dapat digandakan hanya dengan satu upload video!

Sunday, May 15, 2011

~ Pasangan Kekasih Nobita & Sizuka ~

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

~ Gambar Muslimahkah Itu? ~

Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.

Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..

Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.

Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!

Jalan Penyelesaian?

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!

- Artikel iluvislam.com

Saturday, May 14, 2011

~ Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? ~

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'.

- Artikel iluvislam.com

- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus

~ FB, Pencorak Keperibadian Kita? ~

FB, pencorak keperibadian kita?

Oleh : BroHamzah


Facebook atau FB, telah menjadi satu kegilaan bagi manusia dewasa ini.


Fenomena FB mulai mewarnai kehidupan penggunaan alam maya dan sesawang 6 tahun yang lalu, dan diasaskan oleh seorang remaja yang masih muda ketika itu. Mark Zuckerberg adalah seorang mahasiswa Universiti Havard yang mencipta laman social ini. Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Havard. Namun ini berkembang dengan pesatnya, apabila ia dikomersialkan untuk umum.

Facebook telah menjadi fenomena di seluruh dunia dan dikatakan sudah mempunyai 500 juta pengguna dan menjadikan pengasasnya billionair termuda di dunia. Baru- baru ini, Mark Zuckerberg dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak 6.9billion USD, mengalahkan pengasas Apple yang telah lama dalam industri. (Forbes)

Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Inilah impak facebook.


Filem The Social Network


Dan, terkini saya dapat tahu bahawa akan ditayangkan sebuah filem berkisar FB ini. The Social Network merupakan sebuah kisah benar mengenai pengasas Social Network terkenal di dunia iaitu Mark Zuckerberg pengasas Facebook, yang diarahkan oleh David Fincher(pengarah Panic room, dan Zodiac). Filem ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 2 Disember 2010 ini.

Mungkin filem ini akan mendedahkan bagaimana facebook ini berkembang daripada sebuah bilik kecil di Universiti Harvard sehinggalah sekarang yang mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, pengguna facebook adalah seramai 7 juta orang.

Itulah serba sedikit kisah tentang fenomena yang telah merebak keseluruh dunia ini. Saya sendiri baru sahaja berkenalan dengan dunia FB pada awal tahun 2010. Masih baru. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan dan adika-adik yang pernah saya kendalikan kem dan program. Habis sahaja program mesti ada suara :

“ Abang ada FB tak?,”
“ FB?”, Tanya saya.
“ Facebook la, abang,” Katanya sambil tersenyum-senyum sinis.

Sebenarnya tiada apa yang ingin saya coretan banyak tentang si pengasas ini. Cuma saya hendak ajak kita sama-sama melihat FB dari sudut yang berbeza.

Cetusan Idea

Saya masih ingat pada tahun 2008, saya menghadiri sebuah program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) yang menghimpunkan pelajar-pelajar lepasan SPM sebagai sebuah program untuk mendedahkan suasana kampus kepada peserta. Dalam ucaputama program tersebut, satu slot telah disampaikan oleh seorang Profesor dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM), Skudai. Namanya : Prosefor Dr Abdul Hakim Mohamed.

Beliau menyatakan bentuk cabaran global yang akan melanda dunia beberapa tahun mendatang. Katanya :

“ Terdapat beberapa perancangan yang rapi yang dilakukan oleh pengasas internet seperti google dan sebagainya untuk mengurus, mengawal dan memantau kehidupan seharian manusia. Mereka sedang merancang sehingga dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh kita setiap hari sehingga di dalam rumah,”

Semasa itu, saya kurang memahami apa yang ingin sampai oleh beliau. Tetapi, saya yakin perkara itu tidak mustahil boleh berlaku.

Ketagihan FB

Hari ini, rata-rata kanak-kanak, remaja, hatta orang dewasa semuanya memiliki akaun facebook. Bayangkan, di Malaysia sahaja terdapat 7 juta orang mempunyai akaun tersebut. ( Sangat banyak!) Dan banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai FB ini.

Ada yang menggunakannya, berkongsi maklumat, bertukar-tukar gambar, mencari rakan-rakan lama, melakukan hebahan maklumat, melakukan servis perkhidmatan, memberi komentar gambar yang dipostkan, menyatakan status diri dan sebagainya.

Namun, kita dapati ramai yang sudah mengalami ketagihan FB. Ya, ketagihan FB ini mulai melanda semua orang.

Di rumah, dipejabat kerajaan, di universiti, ditempat awam, dikedai yang mempunyai kemudahan WIFI, dan di serata tempat. Dan jika, kita lihat ramai yang akan membuka FB ini. Hmm. Betulkah pemerhatian dan pengamatan saya?

Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka.

(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga.

(3) Anda mampu menghadap laptop, atau computer berjam-jam lamanya hanya dengan FB

(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti assignment kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum.

(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan.

Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu?

Kelalaian FB

Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.

Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :

(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an.

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB

(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab.

(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.”

(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita.

(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat.

Dan, banyak lagi jika disenaraikan. Dan saya yakin anda sendiri mengetahuinya. FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”
[al-Mu'minun 23: 1-3]

Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar semasa sesi kuliah saya minggu lepas :

“ Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda.”

Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.

Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.

Mencorak keperibadian kita

Anda perasaan tak?

Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.

Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui “wajah” facebook kita.

Ia seolah-olah menampakan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.

Wallahu’alam

Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!

Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik.

Atau anda ada pandangan yang lain?

Friday, May 13, 2011

~ Hukum Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol ~

Soalan:

Bolehkan perempuan muslim membunuh dirinya jika dia yakin 100% yang dia akan dirogol oleh sekumpulan lelaki? Jazakum Allah khayran.

Jawapan:

Pertamanya, perempuan Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki.

Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya kerana sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan: (1)Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan (2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang. Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan.

Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri.

Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan:
“Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan."

Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda:
“Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda:
“Manusia daripada Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.”

Allah (SWT) berfirman,
“…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)”

Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape
Penterjemah: zulyusoff

~ Kisah Tentang Murtad ~

Saya sangat terkilan dan sedih melihat ramai melayu yang dilahirkan sebagai islam keluar dari agama dan memilih untuk menjadi 'ATHEIS' ataupun memeluk agama lain.

Kenapa ini boleh terjadi?

tolong baca kisah menyayat hati ini.. di manakah kesedaran kita sebagai manusia yang mengakui sebagai hamba- Allah swt?

Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.

Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
Bagaimana orang kafir boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.
Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .
Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.
"Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri rasa hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan...
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik".
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal.

Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad.
Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapanya pukul boyfriend dia.
14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta.
Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu ditembak oleh seorang yang tak dikenali.Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.
" Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.
" Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar. (bodoh, x pasal2 Tun Salleh dikenakan tuduhan)

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali. Mempertahankan bangsa atau mempertahankan ISLAM yang perlu kita buat?

Undang2 yg lemah.. siapa bersalah!!!

SELAMAT MEMBACA!